Diberikanku peluang oleh Allah agar masih bisa melihat keindahanNya di muka bumiNya yang fana ini adalah kerna aku diberi kesempatan untuk bertaubat dan kembali kepadaNya setelah banyak dosa yang telah aku lakukan..Allah..Aku mohon Ampun :'( Sungguh..Aku ingin berjuang buat Islam dan membela nasib saudara-mara ku di sana..Aku insan yang lemah dan hina..bantu aku Ya Allah :'( #HambaPencariRedhaIlahi
Thursday, 4 June 2015
Sendirian
Dalam menempuh alam kehidupan
Yang pastinya penuh dengan pancaroba
Siapa sahaja yang mampu
Kekal berdiri sendirian ?
Hakikat manusia itu
Punya hati juga perasaan
Setegar mana kita cuba melawan
Air mata pasti berderaian
Kala kita menempuh kesusahan
Dalam sendirian
Tiada bahgia
Malah duka hadir menerpa
Saat kita dibiarkan sendirian
Tanpa pengawasan
Tanpa jagaan
Tanpa perhatian
Menjadikan kita
Sendirian
Meskipun benarnya
Dikelilingi insan
Namun tiada artinya
Andai kita
Dibiarkan keseorangan
Menghadapi kesulitan
Selama dunia masih berputar
Kau asyik melafazkan kata harapan
Benak hati terus bergetar
Seiring dengan bait kepalsuan
Kerna manusia kini
Mudah menggelar diri
Sebagai sahabat
Akan tetapi
Jauh tersasar dari sifat dirimu
Detik perit
Yang harus dilalui
Sahabatmu
Kau hanya membiarkannya
Sendirian
Jika benar kita Sahabat
Ke mana kita
Saat Sahabat sendirian ?
#HambaPencariRedhaIlahi
Wednesday, 3 June 2015
Kau Kawan
Kawan
aku ada ramai kawan
dari aku kecil
sampai aku besar
kawan aku
tak pernah habis
Kawan
selalu teman aku
pergi mana mana
tanpa banyak rungut
dia turut
sampaikan aku
tak sedar sesuatu
yang aku
selalu susahkan
dia
Kawan
orang kata
kawan biar ramai
musuh biar sifar
tapi
kadang kadang
aku keliru
sebab ada juga
pepatah kata
talam dua muka
merujuk kepada kawan
siapa aku nak percaya
Kawan
seronok ketawa
dengan dia
senang duduk
dengan dia
tenang rasanya
dengan dia
tapi adakah
dia ada
waktu aku
nak bercerita
soal duka ?
Kawan
biasanya hanya
ada waktu suka
waktu bahagia
waktu kaya
waktu berupa
tapi
jarang pada
saat aku derita
Kawan
sebenarnya kau
ikhlas kah
berkawan
dengan aku ?
sebab aku
tahu yang
aku bukan
malah tidak
layak digelar
kawan
Kawan
aku usaha
aku cuba
sedaya upaya
nak jadi yang terbaik
untuk orang macam
kau
tapi aku rasa
kau tak nampak
usaha gigih aku
sampai akhirnya
kau sanggup
tinggalkan aku
sendirian
Kawan
aku tak minta duit
aku tak minta rumah
aku tak minta popular
cuma kasih dan sayang
yang aku dahagakan
dari kau
kawan
sebab dengan kasih sayang
akan datang
sikap prihatin
sikap bertolak ansur
sikap membimbing
sikap menjaga
antara satu sama lain
sekarang aku
nak tanya
mana kau
kawan ?
#HambaPencariRedhaIlahi
aku ada ramai kawan
dari aku kecil
sampai aku besar
kawan aku
tak pernah habis
Kawan
selalu teman aku
pergi mana mana
tanpa banyak rungut
dia turut
sampaikan aku
tak sedar sesuatu
yang aku
selalu susahkan
dia
Kawan
orang kata
kawan biar ramai
musuh biar sifar
tapi
kadang kadang
aku keliru
sebab ada juga
pepatah kata
talam dua muka
merujuk kepada kawan
siapa aku nak percaya
Kawan
seronok ketawa
dengan dia
senang duduk
dengan dia
tenang rasanya
dengan dia
tapi adakah
dia ada
waktu aku
nak bercerita
soal duka ?
Kawan
biasanya hanya
ada waktu suka
waktu bahagia
waktu kaya
waktu berupa
tapi
jarang pada
saat aku derita
Kawan
sebenarnya kau
ikhlas kah
berkawan
dengan aku ?
sebab aku
tahu yang
aku bukan
malah tidak
layak digelar
kawan
Kawan
aku usaha
aku cuba
sedaya upaya
nak jadi yang terbaik
untuk orang macam
kau
tapi aku rasa
kau tak nampak
usaha gigih aku
sampai akhirnya
kau sanggup
tinggalkan aku
sendirian
Kawan
aku tak minta duit
aku tak minta rumah
aku tak minta popular
cuma kasih dan sayang
yang aku dahagakan
dari kau
kawan
sebab dengan kasih sayang
akan datang
sikap prihatin
sikap bertolak ansur
sikap membimbing
sikap menjaga
antara satu sama lain
sekarang aku
nak tanya
mana kau
kawan ?
#HambaPencariRedhaIlahi
Subscribe to:
Posts (Atom)