Friday, 20 November 2015

Judge ( ? )




Assalamualaikum Warahmatullah !


Masha Allah , lamanya tak update blog .. hehe ..

Alhamdulillah sekarang dah cuti sekolah , form three cuti awal sikit .. mungkin ganjaran atas susah payah dan kegighan kami dalam peperiksaan PT3 ? eheh



okay , straight to the point .



Manusia  Memang Suka Menghakimi Orang Lain .       


 Ya atau Tidak ? Ask yourself .


 Even saya sendiri pun , tidak terlepas .. Astaghfirullah .. hm




Tapi , ada sesetengah manusia ini , sikap menghakimi insan lain tu kuat betul ! Boleh kata macam , semua benda yang orang lain buat , akan ada je yang tak betul . 



Lepastu , mereka yang suka menghakimi nih .. kebiasaannya cuma pandang luaran seseorang yang dia judge tuh . Walhal dia tak kenal pun hati budi ' mangsa ' tersebut . Memang kesian betul ' mangsa ' tuh . Kadang-kadang tuh , sebab seorang je yang judge , buruk nama dia satu institusi . Iyelah ,


  mulut manusia nih mana nak berhenti bercakap .. lagi-lagi perkara macam nih ..






For my opinion , okay cuba kita check diri kita sendiri balik . Andaikata kat sini kita adalah judger , okay . Turunkan ego dan .. cari salah sendiri . Bila dah sedar kita banyak salah , jangan malu nak  berubah ! Eh , sepatutnya kita kena bangga sebab kita berani nak berubah ke arah kebaikan , bukan mereka yang taknak berubah hanya sebab takut dengan kata-kata manusia .. nak cakap sikit , kita hidup untuk Redha Allah , so biarkan sahaja manusia nih nak cakap apa-apa .. sebab manusia ini sifatnya memang suka mempertikai . 


Haa , bila kita berubah ke arah kebaikan , dan ada orang sekeliling kita tu mempertikai .. justeru , mereka pun tergolong dalam orang yang suka menghakimi ; judger . Hm .. doakanlah mereka dapat Hidayah Allah sebagaimana yang kita dapat ..




Dan hakikatnya , 


Semua manusia ada kekurangan dan kelebihan tersendiri . Kelemahan tu kita perbaiki , kelebihan itu kita kongsi . Mudah ? Hidup lebih berkah :)


" Kesilapan paling besar seseorang adalah apabila dia mencari kesilapan orang lain "



" Jangan sampai kita buta akan kesalahan sendiri kerana sibuk memerhati salah orang lain "




okay , kalau cakap panjang-panjang pun .. tak dapat manfaat , rugi juga . Jadi , ambillah input ini walaupun sedikit .

Ubahlah perangai suka menghakimi orang lain tu , sebab benda tu bukan menampakkan keburukan orang .. tapi keburukan kita sendiri .


wallahhu a'lam .
#HambaPencariRedhaIlahi


Tuesday, 15 September 2015

Sentap : Ayah

Assalamualaikum warahmatullah ..



Ayah


kau kenal siapa dia ?
ya , ayah , abah , abi , baba , walid , papa ,
insan bergelar Bapa


Persepsi kebanyakan orang --
.
.
" Ayah aku garang lah .. semua benda takleh .."

" Hish abah nih , adik nak keluar je pun .. cuba faham kemahuan remaja sikit "


" Pa , please pa .. I am Fifteen pa .. so please dont force me to obey you all the time .. i am bored of you .. you never understand me .."



kau rasa ?

kau ingat ayah kau happy ke ?

riang ke dengar " bahasa anak moden " macam kau

salahkan ayah all the time




itulah kita , remaja ..

waktu kita perlukan ayah kita

semuanya umpama anak mulia

semua dituruti semua dilaksana

demi mencapai kemahuan


tapi ,


pun ada jugak yang beruntung

minta je dapat ..


" Daddy , I want that cute teddy "

" Which one Dear ? Alright I will buy it for you , love "




kau rasa mustahil ?

tak .

even , lelaki ini sifat egonya agak tinggi

tapi dalam bab anak ,

dia tetap mampu korbankan duit dia




ya lah ,

duit dia , dia yang bekerja semua

kita tahu minta je

lepastu tak tahu terima kasih

anak apa kita ni ?



nak tanya lah ..



sebenarnya apa makna Ayah bagi kita ?

seorang driver ?

tukang kayu ?

tukang repair benda rosak kat rumah ?

bank kita ke ?




Sedarlah ..

Ayah tuh sayang kita ,

kita kan remaja , lagi-ii perempuan

if something happen apa nak cakap ?

ayah kita buat macam tuh bersebab lah ..

dia taknak kita cedera , taknak kita hilang dara !

dia taknak hidup kita yang masih panjang nih sia-ii !



sekejap je lagi ,

sama ada ayah kita ,

atau kita dulu

yang akan tinggalkan dunia nih





macam mana kalau tak sempat mohon maaf ?

nak menangis ? sampai bila ?



pergilah cari your dad ..

ask him forgiveness ..

semenjak kita lahir dah banyak menyusahkan dah

inikan pula dia jaga kita sampai umur lima belas atau lebih

ingat sekejap ke tempoh tuh ?

setiap duit dia takkan mampu kita bayar ..

takyah citer duit , keringat pengorbanan dia

tak terbalas ..





kita jadi anak soleh solehah

cukup jadi satu hadiah terindah buat dia

kita jaga akhlak jaga hubungan dengan Allah

tak lupa Rasulullah ,

cukup puaskan hati dia

dalam tugas berat dia

menjadi seorang

Ayah ..




ingatlah ,

kalau kita tak hargai  ayah kita

kelak anak kita yang tak tahu

macam mana nak hargai kita




last word ,

jaga aurat , maruah , diri , semua

sebab kita

mungkin penyebab ayah kita ke Syurga

Aameen

mungkin juga penyebab ayah kita ke Neraka

Nauzubillah






























sekian .

#HambaPencariRedhaIlahi






















Saturday, 12 September 2015

Rasa Hebat ?

Assalamualaikum Warahmatullah ..



- MENCABAR TUHAN -
.
Hairan .
Bukankah kau tahu
APA ITU HUKUM BERCINTA SEBELUM LAFAZ AKAD ?
.
Tapi ,
Kau hanya
MEMEKAKKAN TELINGA
MEMBUTAKAN MATA
BUAT SELAMBA
Bila orang tegur
Itu adalah HARAM
.
Harus bagaimana lagi Belia ?
Terus menerus kalian melayan Nafsu Hati .
Di manakah janji setia mu pada Rabbul 'Izzati ?
Di manakah cinta murni mu pada Kekasih Ilahi ?
.
KAU CURANG !
.
Dengan sewenang-wenang
Ajnabi yang melekat
Dalam hati .
.
Dengan sewenang-wenang
Kau bentang cerita
Berbangga dengan Maksiat
Berbangga berfoto berdua-duaan .
.
APAKAH ARTINYA SEMUA INI ?!
.
Kau pertaruhkan Hati
Demi cinta yang kononnya Suci ?!
.
SEDARLAH UMMAT .
AKU YAKIN SETIAP DI KALANGAN KITA
SUDAH SEDIA MAKLUM
APA HUKUM BERCOUPLE
APA HUKUM ZINA HATI
APA HUKUM BERDUA DUAAN
.
Mengapa perlu Menambah Dosa
Sedang diri Kurang Pahala ?
.
Tolong .
Hentikan .
.
JANGAN AJAR DIRI MENCABAR HUKUM TUHAN .
ALLAH KATA COUPLE HARAM ITU BERSEBAB .
ALLAH KATA HARAM ITU PASTI BERSEBAB .
JANGAN KITA PERTIKAIKAN .
CUBA KAU RUNGKAIKAN PERSOALAN
PASTI KAU AKAN TEMUKAN
APA ALASAN TUHAN .
.
Guna Akal Fikiran
Untuk Berfikir .
.
Jangan buat Allah murka !
Hati kena kuat !
Sabar .
.
Yakinkah hati ibu dan bapa mu sudah cukup dipuaskan ?
.......................................................................................................................
‪#‎HambaPencariRedhaIlahi‬

Pedulikah Kita ?

Assalamualaikum Warahmatullah ..


Andai kalian merasakan 
Ini satu punchline tak bermotif 
Daripada saya --
.
Minta maaflah semua yee , 
Saya tidak mempunyai ruang waktu yang banyak ,
Malah tidak sebegitu mahir dalam photoshop .
.
.
Kalau rasa diri masih mampu tertawa ,
Istighfarlah ..
.
Duhai , Di Mana sifat belas kasihanmu !
Ini saudara kita , ikhwan kita !
.
Bumi Syria yang tidak pernah sunyi
Dengan Peperangan --
.
Tapi kita ,
Nikmat Kemerdekaan
Tidak pernah disyukuri
.
Ingat ,
.
Makan , jangan membazir
Sebab ramai lagi yang tak merasa sebutir nasi
.
Doa , jangan untuk diri sendiri sahaja
Sebab nanti kita dipersoalkan tentang tanggungjawab terhadap mereka
.
Kita tak cukup mampu nak angkat senjata ,
Maka gagahkanlah diri untuk menadah tangan dan berdoa kerana
Sesungguhnya itulah senjata mukmin .
.
Hidup di dunia
Bukan tujuannya hanya untuk bersuka ria
.
Hidup satu perjalanan
Yang pengakhirannya membawa kita
Bertemu Tuhan .
.
Kita perlu ada rasa malu ,
Andai hidup digunakan hanya untuk bermaksiat
Tanpa segan silu .
.
‪#‎PrayForSyria‬
‪#‎PrayForMakkah‬
‪#‎HambaPencariRedhaIlahi‬

Thursday, 4 June 2015

Sendirian



Dalam menempuh alam kehidupan
Yang pastinya penuh dengan pancaroba
Siapa sahaja yang mampu
Kekal berdiri sendirian ?


Hakikat manusia itu
Punya hati juga perasaan
Setegar mana kita cuba melawan
Air mata pasti berderaian
Kala kita menempuh kesusahan
Dalam sendirian


Tiada bahgia
Malah duka hadir menerpa
Saat kita dibiarkan sendirian


Tanpa pengawasan
Tanpa jagaan
Tanpa perhatian
Menjadikan kita
Sendirian
Meskipun benarnya
Dikelilingi insan
Namun tiada artinya
Andai kita
Dibiarkan keseorangan
Menghadapi kesulitan


Selama dunia masih berputar
Kau asyik melafazkan kata harapan
Benak hati terus bergetar
Seiring dengan bait kepalsuan


Kerna manusia kini
Mudah menggelar diri
Sebagai sahabat
Akan tetapi
Jauh tersasar dari sifat dirimu
Detik perit
Yang harus dilalui
Sahabatmu
Kau hanya membiarkannya
Sendirian


Jika benar kita Sahabat
Ke mana kita
Saat Sahabat sendirian ?



         #HambaPencariRedhaIlahi




Wednesday, 3 June 2015

Kau Kawan

Kawan
aku ada ramai kawan
dari aku kecil
sampai aku besar
kawan aku
tak pernah habis


Kawan
selalu teman aku
pergi mana mana
tanpa banyak rungut
dia turut
sampaikan aku
tak sedar sesuatu
yang aku
selalu susahkan
dia



Kawan
orang kata
kawan biar ramai
musuh biar sifar
tapi
kadang kadang
aku keliru
sebab ada juga
pepatah kata
talam dua muka
merujuk kepada kawan
siapa aku nak percaya


Kawan
seronok ketawa
dengan dia
senang duduk
dengan dia
tenang rasanya
dengan dia
tapi adakah
dia ada
waktu aku
nak bercerita
soal duka ?


Kawan
biasanya hanya
ada waktu suka
waktu bahagia
waktu kaya
waktu berupa
tapi
jarang pada
saat aku derita


Kawan
sebenarnya kau
ikhlas kah
berkawan
dengan aku ?
sebab aku
tahu yang
aku bukan
malah tidak
layak digelar
kawan


Kawan
aku usaha
aku cuba
sedaya upaya
nak jadi yang terbaik
untuk orang macam
kau
tapi aku rasa
kau tak nampak
usaha gigih aku
sampai akhirnya
kau sanggup
tinggalkan aku
sendirian


Kawan
aku tak minta duit
aku tak minta rumah
aku tak minta popular
cuma kasih dan sayang
yang aku dahagakan
dari kau
kawan



sebab dengan kasih sayang
akan datang
sikap prihatin
sikap bertolak ansur
sikap membimbing
sikap menjaga
antara satu sama lain


sekarang aku
nak tanya
mana kau
kawan ?








                 #HambaPencariRedhaIlahi

Saat Jejariku Menari di Papan Kekunci :)